Tips Petua Rahsia Memancing Udang Galah / Jenggo / Sepit Biru
Udang Galah / Udang Jenggo / Sepit Biru
Pancing / Jorang
Batang pancing / jorang hendak lah lembut dan mudah melentur. Kalau dulu
kita orang gunakan ranting buluh duri / buluh minyak / buluh pelenting
(sejenis buluh kecil - biasa dijadikan pancing di kampung). Kalau zaman
cyber ini pakai jorang yang panjang 3-3.5 kaki, dengan kekuatan 4-10ib.
Pancing sepanjang ini amat sesuai sekali memancing menggunakan boat /
sampan. Kalau memancing tebing gunakan pancing / jorang panjang sedikit
iaitu 4-4.5 kaki, dengan kekuatan 4-10 ib.
Tali utama
Gunakan tali yang berdiameter halus supaya dapat merasai kenikmatan
memancing udang galah. Korang hanya perlukan tali yang berukuran 10-15
paun sahaja untuk tali utama.
Perambut
Tali perambut mata kail hendaklah lebih halus dari tali utama. Gunakan
tali tangsi berukuran 5 - 8 paun sudah cukup. Sebab berat udang jarang
melebihi 800gm. Penggunaan perambut halus juga penting apabila sangkut
di kayu, tunggul dan seumpamanya perambut mudah putus dan batu ladung
masih ada.
Mata Kail
Gunakan mata kail mata sabit. Terdapat 2 jenis mata kail iaitu berduri
pandan dan tidak berduri. Kalau nak memancing udang galah kat sungai,
mata kail berduri yang bersaiz 1/0 (saiz udang lebih 600 gm), 2 dan
3 adalah digalakkan. Penggunaan mata saiz 2 dan 3, batu ladung saiz 3
dan 4 serta kelembutan batang pancing / jorang bersaiz 6 - 10 ib lebih
sensitif jika udang mula memegang umpan.. kita dapat melihat dgn jelas
getuan udang dan boleh mengagak bila joran perlu diangkat.
Batu ladung
Gunakan batu ladung sangat penting kerana kebiasaannya udang galah hidup
di tempat yang berarus. Jika lubuk / sungai yang tenang, hanya perlukan
saiz batu ladung 2,3 @ 4. Jika tempat yang berarus pula gunakan batu
ladung yang bersaiz 5 hingga 6 adalah amat sesuai. Apa-apa pun lihat
situasi / lokasi anda memancing.
Umpan
Umpan salah satu benda penting untuk memancing udang
galah.Kebiasaannya gunakan umpan cacing tanah (cacing lembik / merah),
anak udang bendang, umpun-umpun dan hati ayam yang dihiris kecil.
Apa-apapun tanya pemancing-pemancing yang memancing dilokasi diterjah.
Apa umpan digunakan di sungai itu. Kalau sungai Panching / Sg.kuantan
yang aku terjah minggu lepas umpan istimewa daging ikan haruan segar.
Umpan lambat di ragut tapi jenggo besar-besar didaratkan.
Tips Rahsia Istimewa
1.Tabur tanah berbau cacing yang berlebihan dalam bekas cacing ke lokasi nak di labuhkan umpan.
2.Gunakan ikan sardin, kemudian tebuk tin lubang-lubang kecil dan labuhkan seperti sauh di lokasi memancing.
3.Pakai umpan busuk, pakai kayu boleh menyerap bau sebesar manik rendam
dalam umpan busuk. (biasanya aku dah sediakan sekali dengan ikatan
ladung menggunakan dawai stailess steel dan rendam). Bila nak guna
rendam selepas tu cangkuk gunakan kekili).
4.Gunakan kekili yang ada ikatan manik berwarna warni, udang memang suka
benda-benda berkilau apabila terkena silauan cahaya. Kalau sianghari
gunakan manik silver/mutiara dan kalau mancing malam pakai manik
berwarna hijau.
5.Memancing masa air surut, keruh sedikit dan air mengalir. memancing
kawasan sampah sarap, berkayu, kawasan pokok mengkuang, ara, jejawi,
pokok rendang seperti pokok bunut dll.
6.Gunakan hirisan isi ikan segar sebagai umpan, jangan buang sahaja ikan
yang terkena semasa memancing udang. Hirisan ikan haruan lagi besar
udang galah didaratkan.
7.Gunakan kelapa dan belacan digoreng, umpan dicelup sebelum melabuhkan
umpan. Kalau tiada belacan pakai sahaja udang gagau / udang baring.
Umpan ini selalu aku gunakan juga dikolam udang komersial...eeemmmm
power.
Petua
Tabiat permakanan udang galah adalah berbeza mengikut keadaan
sungai, pengaruh pasang surut air laut (udang galak masa air surut dan
keruh), struktur sungai (berliku-liku, dasar sungai bertanah liat,
banyak sampah sarap, kayu dll), diet setempat ( tanya pemancing setempat
/ orang kg area tu) dan juga suhu air (udang galak pada suhu air agak
suam, maksud air mengalir). Buat tinjaun dulu sebelum memancing di
satu-satu lubuk udang mahupun ikan. Jangan jadi pemalas. Jangan datang
tahu nak memancing sahaja...sebab tu selalu dapat batang pancing
jeeeaaa, udang tak dapat. Selamat mencuba dan semoga
berjaya!
Slot Games - JWT Hub
ReplyDeleteSlot Games - JWT Hub has a list of top slots 충주 출장샵 available at your Casino. 경산 출장샵 Slot Games 인천광역 출장샵 - 순천 출장안마 JWT Hub has a list of 제주 출장마사지 top slots available at your Casino.